awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
16/12/2020
09:49 MYT
Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor
Paul membaling beberapa objek yang berupa belon air, dan segulung tisu tandas ke arah Danis. - Foto ihsan media sosial
YOUTUBER sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.
Memuat naik satu video pendek di laman Instagram, Paul merakam aksinya dan beberapa rakan 'menyerang' Dillon Danis yang juga merupakan rakan sepasukan jaguh UFC dari Ireland, Conor McGregor.
Paul yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Danis yang sedang ditemubual oleh sekumpulan media di bahu jalan.
Dia kemudiannya membaling beberapa objek yang berupa belon air, dan segulung tisu tandas ke arah Danis.
Danis dalam keadaan marah bertindak mengejar Paul dan membaling semula objek yang dilemparkan itu kembali ke arah Paul.
Namun, usaha Danis mengejarnya tidak berhasil kerana Paul terus memecut laju.
Ini bukan kali pertama Paul melakukan aksi untuk mendapatkan perhatian McGregor. Beberapa hari lepas, Paul ada memuat naik video di laman Instagramnya bagi mencabar McGregor untuk bertarung dengannya di gelanggang tinju.
BACA: Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
Paul mendakwa, pasukannya telah menghantar kontrak bernilai AS$50 juta untuk McGregor namun McGregor dikatakan takut untuk menandatangi kontrak tersebut.
Presiden UFC, Dana White turut menjadi mangsa kecaman Paul dalam video tersebut kerana White sebelum ini ada membuat kenyataan, pertarungan tinju antara McGregor dan Paul tidak akan menjadi kenyataan.
Sebagai rekod, Paul masih belum tewas di gelanggang tinju profesional serta berjaya meraih dua kemenangan sebelum ini.
Manakala McGregor pula mempunyai satu rekod kekalahan dalam sukan tersebut dan masih belum mencatat sebarang kemenangan.
Topic Berkaitan
#Jake Paul
#YouTuber
#Conor McGregor
#tinju
#petinju
#UFC
#Dana White
#Dillon Danis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan