awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Terima kasih kerana masih bersama Palestin walaupun diugut Trump"

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2017
21:23 MYT
"Terima kasih kerana masih bersama Palestin walaupun diugut Trump"
Ugutan dari Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyekat dana kepada negara yang menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dikecam ramai pihak dan disifatkan sebagai satu tindakan buli. - foto REUTERS/Ronen Zvulun
Ugutan dari Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyekat dana kepada negara yang menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dikecam ramai pihak dan disifatkan sebagai satu tindakan buli.
Perunding utama bagi Palestin Saeb Erekat berkata ugutan dari AS itu memalukan bagi komuniti antarabangsa.
"Sepanjang sejarah manusia, kuasa membawa tanggungjawab yang besar, jadi, untuk bertindak menentang undang-undang antarabangsa dengan ugutan merupakan suatu perkara yang amat memalukan.
"Walau bagaimanapun, kami berterima kasih kepada negara yang masih menyokong walaupun telah diugut," kata beliau.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.
Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.
35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.
Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.
BACA: "Kami tidak terima" kata Israel kepada PBB
BACA: PBB batal pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Topic Berkaitan
#Baitulmaqdis
#Donald Trump
#Israel
#Palestine
#PBB
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan