awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih Nissan, tak lama lagi selipar dah boleh parkir sendiri!

Agensi
Agensi
01/02/2018
13:16 MYT
Terima kasih Nissan, tak lama lagi selipar dah boleh parkir sendiri!
Selipar terbabit sebelum ini muncul dalam satu petikan video promosi syarikat itu yang turut memaparkan rekaan bantal kusyen dan meja parkir sendiri di sebuah majlis di Hakone, Jepun. - Foto Reuters
Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co hari ini mula mempamerkan selipar ‘parkir sendiri’ yang mampu kembali ke posisi asalnya kepada umum di ibu pejabatnya di Yokohama.
Selipar terbabit sebelum ini muncul dalam satu petikan video promosi syarikat itu yang turut memaparkan rekaan bantal kusyen dan meja ‘parkir sendiri’ di sebuah majlis di Hakone, Jepun.
Apabila selipar, kusyen dan meja ini tidak digunakan ia mampu kembali ke lokasi asalnya yang telah diprogramkan. Ini dibantu dengan sistem sensor kamera.
Idea untuk menghasilkan selipar ‘parkir sendiri’ dicetuskan dari sistem ProPilot yang dibangunkan Nissan yang sebelum ini dipasang di kenderaan model Leaf keluarannya.
Dua tahun lalu, Nissan turut melahirkan kerusi bilik mesyuarat yang boleh disusun secara automatik selepas digunakan dengan hanya gerakan tepukan tangan sahaja.
Topic Berkaitan
#ciptaan
#Jepun
#kereta
#leaf
#model
#Nissan
#parkir
#Rekaan
#Yokohama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan