Seorang wanita mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa rogol.
Menerusi laporan Times of India, kejadian yang berlaku di Jaipur, India, mangsa yang berusia 32 tahun itu terjun dari kediamannya pada Sabtu lalu, menyebabkan berlakunya keretakan tulang kaki.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 7 pagi setelah beberapa penduduk melihat wanita itu terjun dari kediamannya.
"Selepas kami tiba, penduduk memaklumkan mereka ternampak wanita itu bersama dua lelaki pada malam kejadian.
"Kemudian orang ramai dengar dia menjerit sebelum lihat dia sudah terjatuh di lokasi kejadian," ujar seorang pegawai polis.
Siasatan mendapati, mangsa mempunyai hubungan dengan salah seorang suspek.
Namun, dia bertindak terjun dari bangunan apabila suspek kedua cuba untuk memperkosanya.
"Mangsa memang ada hubungan dengan lelaki pertama. Tetapi lelaki itu turut bersubahat apabila temannya mahu memperkosa mangsa.
"Mangsa tengok tingkap balkoni terbuka lantas dia terjun untuk menyelamatkan diri," ujar anggota itu lagi.
Menurut pihak berkuasa, dua suspek sudah pun dikenal pasti.
Sementara itu, mangsa kini ditahan di Hospital Jaipuria kerana kecederaan dalaman.
"Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan di kepala. Dia kini dalam pemantauan," ujar pihak hospital.
Sinar Harian
Mon Oct 22 2018
Seorang wanita mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa rogol. -Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Terjun bangunan elak dirogol
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 7 pagi setelah beberapa penduduk melihat wanita itu terjun dari kediamannya.