awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Ireland negara pertama di Eriopah larang perdagangan dengan wilayah Palestin yang diduduki
MALAYSIA
ASEAN perlu perkukuh respons terhadap pelepasan tanpa sengaja bahan kimia berbahaya
BISNES
MPBC himpun lebih 250 ahli perkukuh hubungan Malaysia-Pakistan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Terkejut lihat peluru berpandu 'terbang di atas kepala' - Rakyat Malaysia di Qatar

Seth Akmal
Seth Akmal
24/06/2025
11:15 MYT
Sponsor Banner
Terkejut lihat peluru berpandu 'terbang di atas kepala'  - Rakyat Malaysia di Qatar
Peluru berpandu pemintas ditembak, selepas angkatan bersenjata Iran mengatakan mereka menyasarkan pangkalan Al-Udeid dalam serangan peluru berpandu, seperti yang dilihat dari Doha, Qatar, 23 Jun 2025. - Reuters.
KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman dan gegaran mengejutkan orang ramai yang sedang bersantai pada awal malam di sekitar ibu negara Qatar. Tiada orang awam ktika itu yang menyedari bahawa peluru berpandu Iran sedang disasarkan ke arah Pangkalan Tentera Udara Al-Udeid.
Warga Malaysia, Muhammad Farhan Rajuli, yang berkhidmat selaku penganalisa dron dan sistem maklumat geografi (GIS) di sebuah syarikat yang berpangkalan di Doha, berkongsi detik cemas kejadian berkenaan kepada Astro AWANI.
“Keadaan itu sangat mengejutkanlah sebab saya percaya masing-masing pun pertama kali melihat peluru berpandu 'terbang' di atas kepala.
“Selepas berlaku serangan, kita dapat lihat keadaan lalu lintas yang sangat sesak, orang ramai keluar untuk beli barangan keperluan, melakukan pembelian panik, terutamanya.
“Ada juga, saya melihat yang masih kekal di lobi pada ketika kejadian untuk bersedia larikan diri jika keadaan berturusan. Ramai kanak-kanak dan bayi yang menangis selepas berlaku dentuman itu,” katanya tentang kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan itu.
Warga Qatar panik peluru berpandu Iran atas kepala - Saksi
Namun, beliau menarik nafas lega kerana serangan tersebut tidak meragut nyawa masyarakat.
Malah Farhan turut memuji pihak berkuasa Qatar yang bersikap proaktif dalam suasana cemas.
“Pihak berkuasa Qatar sangat efektif dan efisien dan berjaya menenangkan orang ramai setelah berlaku serangan,” katanya.
Malah beliau juga tidak berhasrat meninggalkan negara itu buat masa ini dan percaya kepada pihak berkuasa di Qatar.
“Buat masa ini, saya ingin terus menunaikan tanggungjawab dan terus bekerja di sini kerana saya percayakan pihak berkuasa mampu untuk mengekalkan keamanan setempat,” katanya.
Qatar pada Isnin mengecam keras tindakan Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan yang terletak di wilayahnya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai satu pencabulan nyata terhadap kedaulatan dan ruang udaranya.
Serangan Iran itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap serangan udara Amerika Syarikat ke atas beberapa tapak nuklear Iran hujung minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pembelian panik
#rakyat Malaysia
#serangan udara
#Kanak-kanak
#Malaysia
#bayi
#Iran
#Qatar
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami