Skip to main content

Dunia

TERKINI HAJI 2025: 13 jemaah haji Iran meninggal dunia di Arab Saudi

61749337097_TBTawaf.jpg
TEHRAN: Seramai 13 warga Iran meninggal dunia semasa menunaikan ibadah haji di Makkah, Arab Saudi akibat cuaca panas, menurut Ibu Pejabat Operasi Kesihatan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Sabtu, lapor RIA Novosti.

Persatuan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram memaklumkan bahawa seramai 13 jemaah Iran telah meninggal dunia semasa menunaikan haji di Arab Saudi setakat ini.

Semasa musim haji 2023, seramai 240 jemaah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 10,000 kes penyakit berkaitan panas direkodkan. Pada 2024, sekurang-kurangnya 550 kematian akibat cuaca panas telah dilaporkan.

-- BERNAMA


Must Watch Video