DUNIA
TERKINI HAJI 2025: Jemaah haji mula tiba di Mina pada hari Tarwiyah

Para jemaah akan beribadah memohon keampunan bagi persiapan melakukan ibadah haji sebelum menuju ke padang Arafah pada 9 Zulhijah. - Foto SPA
ARAB SAUDI: Jemaah haji mula tiba di Mina pada Hari Tarwiyah yang jatuh pada 8 Zulhijah bersamaan 4 Jun 2025, menurut laporan agensi berita rasmi Arab Saudi (SPA).
Ringkasan AI
- Ketibaan jemaah haji di Mina: Para jemaah mula tiba di Mina pada Hari Tarwiyah (8 Zulhijah) sebagai persiapan ibadah haji sebelum bergerak ke Arafah pada 9 Zulhijah.
- Kemudahan disediakan oleh kerajaan Arab Saudi: Perkhidmatan keselamatan, perubatan, makanan, dan pengangkutan disediakan untuk memastikan kelancaran ibadah jemaah haji.
- Khutbah di Arafah disampaikan oleh Sheikh Saleh Abdullah Humaid: Hampir 2 juta jemaah akan berkumpul di Arafah untuk beribadah dan mendengar khutbah yang akan disiarkan secara langsung dengan 34 jurubahasa.
Kerajaan Arab Saudi turut menyediakan perkhidmatan dari segi aspek keselamatan, perubatan, makanan, dan pengangkutan untuk memastikan keselesaan jemaah dan membolehkan mereka beribadah dengan mudah dan tenang.
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al Rabiah pada Isnin berkata seramai sejuta umat Islam dari seluruh dunia telah tiba untuk melaksanakan ibadah rukun Islam yang kelima itu.
Arafah terletak kira-kira 20 kilometer daripada Mekah bakal menyaksikan hampir 2 juta jemaah haji berhimpun dari pagi hingga petang bermunajat dan beribadah serta mendengar khutbah yang akan disampaikan oleh Imam Sheikh Saleh Abdullah Humaid.
Sheikh Saleh juga merupakan antara sembilan imam di Masjidil Haram sejak 1982.
Pihak penyiaran Arab Saudi juga akan menyiarkan secara langsung isi khutbah tersebut sambal diiringi 34 jurubahasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami