awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Saudi berjaya urus jemaah haji ke Arafah tanpa kesesakan ketara

Bernama
Bernama
06/06/2025
03:20 MYT
TERKINI HAJI 2025: Saudi berjaya urus jemaah haji ke Arafah tanpa kesesakan ketara
Ribuan jemaah membanjiri Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah untuk berdoa dan bermunajat. - Foto BERNAMA
ARAFAT: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kejayaan pelaksanaan pelan pergerakan jemaah ke Arafah yang bermula pada awal pagi 9 Zulhijjah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Operasi tahun ini dilaksanakan menerusi model bersepadu yang menyatukan agensi perkhidmatan dan penguatkuasaan undang-undang melalui pusat penghantaran dan operasi bersama.
Pergerakan jemaah dilaksanakan menggunakan bas dan kereta api yang mematuhi jadual perjalanan ketat, disertai pemantauan lapangan yang rapi serta kawalan keselamatan yang ditingkatkan, bagi memastikan aliran trafik yang lancar dan pengagihan jemaah ke khemah Arafah tanpa kesesakan ketara.
Pelan itu juga mengambil kira latihan simulasi awal bagi menghadapi pelbagai senario, selain kesiapsiagaan pasukan lapangan dan penyelarasan rapat antara agensi berkaitan.
Kecerdasan buatan memainkan peranan penting dalam menganalisis data masa nyata untuk mengenal pasti kawasan dengan kepadatan tinggi dan mengarahkan semula aliran jemaah secara dinamik apabila diperlukan.
Pusat pemantauan dan kawalan 24 jam, lengkap dengan kamera pintar yang disambungkan kepada sistem pusat, menyokong pembuatan keputusan segera bersama agensi keselamatan dan perkhidmatan.
Kad digital Nusuk turut meningkatkan kecekapan pelan itu dengan penyepaduan bersama platform Nusuk dan Tawakkalna, menggunakan kod respons untuk memantau pergerakan jemaah dan masa masuk serta keluar.
Kementerian berkata kelancaran pergerakan jemaah ke Arafah ini mencerminkan kejayaan perancangan awal dan integrasi lapangan, yang menjadi asas kepada kelangsungan pelaksanaan ibadah di Muzdalifah dan Mina.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Pengalaman Jemaah Haji di bawah Wawasan Saudi 2030 yang bertujuan membangunkan sistem operasi Haji yang mampan dan bersepadu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#Arafah
#jemaah haji
#pelan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami