awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlalu ganas, Apple buang karektor Rodrigo Duterte

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
30/11/2017
08:33 MYT
Terlalu ganas, Apple buang karektor Rodrigo Duterte
Menurut rangkaian terbabit, permainan video itu jelas mempromosi keganasan dan merujuk secara khusus kepada Filipina. - Foto Android Playstore
Pembekal perkhidmatan aplikasi telefon bimbit Apple App Store membuang karektor Presiden Filipina Rodrigo Duterte dari permainan video popular, Duterte Know Kung Fu - Pinoy Crime Fighter.
Tindakan ini dilakukan selepas surat bantahan dihantar satu rangkaian anti-dadah Asia kepada Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.
Portal berita BBC dipetik berkata surat bantahan itu menyatakan permainan video tersebut mempromosi pembunuhan, "keganasan" dan "perang dadah" di Filipina.
Bagaimanapun, surat bantahan tersebut tidak dibalas pengeluar telefon bimbit dan perisian terkemuka dunia itu.
Tarikh penghantaran surat bantahan dan pembuangan karektor tidak dinyatakan secara jelas.
Menurut rangkaian terbabit, permainan video itu jelas mempromosi keganasan dan merujuk secara khusus kepada Filipina.
Duterte
Akibat terlalu ganas, Duterte terpaksa akur video permainannya ditarik keluar. - Foto dari Android Playstore
Dalam permainan terbabit Duterte digayakan dengan pelbagai pakaian dan beraksi seorang diri -- dalam misi beliau untuk menumpaskan penagih dan penyeludup dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Filipina Ronald De La Rosa menyambut baik tindakan Apple terbabit dan menjelaskan perang dadah yang dilakukan Duterte bukan berbentuk keganasan sebaliknya menumpaskan kegiatan dadah yang berleluasa di negara itu.
La Rosa menjelaskan selain operasi menjejaki penjenayah dadah, polis turut mengadakan program kesedaran pintu ke pintu tentang bahaya dadah.
Namun tindakan Filipina itu dikecam Badan Hak Asasi Manusia yang mendesak operasi seumpama dihentikan.
Setakat ini, hampir 7,000 individu terlibat dadah dibunuh dalam operasi yang telah dijalankan sejak awal tahun ini.
Topic Berkaitan
#Apple
#Badan Hak Asasi Manusia
#duterte know kung fu
#Duterte Know Kung Fu - Pinoy Crime Fighter
#polis filipina
#Rodrigo Duterte
#Ronald De La Rosa
#tim cook
#video games
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan