awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla disiasat akibat masalah pintu yang berpotensi rosak

Bernama
Bernama
17/09/2025
03:30 MYT
Tesla disiasat akibat masalah pintu yang berpotensi rosak
Menurut manual pemilik Tesla, memulihkan kuasa pada kunci elektronik memerlukan beberapa langkah tambahan menggunakan sumber kuasa luaran. - Gambar fail AP
SAN FRANCISCO: Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) melancarkan siasatan berhubung aduan mengenai pemegang pintu SUV Tesla Model Y gagal berfungsi dalam keadaan tertentu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.
Pejabat Penyiasatan Kerosakan (ODI) agensi itu memaklumkan telah menerima sembilan laporan daripada pemilik kenderaan yang tidak dapat memasuki kereta mereka.
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa dilaporkan terkunci di luar selepas keluar dari kereta dan tidak dapat membuka pintu belakang untuk mengambil anak mereka.
Dalam empat kes, pemilik terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk semula, menurut ODI.
Kajian awal mendapati masalah itu mungkin berlaku jika kunci pintu elektronik tidak menerima voltan mencukupi daripada sistem bateri kenderaan.
Menurut ODI, tiada laporan menunjukkan amaran bateri voltan rendah dipaparkan.
Laporan itu juga menyebut kenderaan Tesla dilengkapi pembuka pintu manual di bahagian dalam, namun, kedudukannya sukar dicapai kanak-kanak dan sebahagian pemilik tidak menyedari kewujudannya.
Menurut manual pemilik Tesla, memulihkan kuasa pada kunci elektronik memerlukan beberapa langkah tambahan menggunakan sumber kuasa luaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tesla
#pintu Tesla rosak
#SUV Tesla Model Y
#pemegang pintu Tesla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan