BANGKOK: Thailand malam tadi mengambil alih jawatan pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2022 daripada New Zealand.
Pada majlis penyerahan yang diadakan secara maya itu, Prayuth Chan o-cha berkata Thailand berbesar hati untuk menjadi tuan rumah APEC 2022 dan bersedia menyambut kedatangan keluarga APEC serta tetamu ke negara itu pada November 2022.
Beliau turut mengumumkan tema APEC 2022 - Open. Connect. Balance - bermaksud APEC membuka pelbagai peluang, berhubung dalam apa juga dimensi serta seimbang dalam semua aspek.
Prayuth mempelawa pemimpin APEC untuk 'sinergi' kekuatan serta keazaman dalam mewujudkan komuniti APEC yang lebih terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman untuk generasi akan datang.
Dalam acara simbolik, Perdana Menteri New Zealand menyerahkan pendayung waka kepada Prayuth supaya Thailand dapat mengemudi APEC menuju kejayaan lebih cemerlang.
Terdahulu, pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM), Prayuth berkata APEC perlu mengutamakan tiga isu - menghidupkan semula kesalinghubungan serantau terutamanya dalam industri pelancongan dan perjalanan, memberi nafas baru dalam perdagangan dan pelaburan serta menggiatkan semula ekonomi untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang bagi menangani krisis COVID- 19.
Prayuth turut menegaskan tekad Thailand untuk menggunakan pengalaman yang ada bagi memperkasakan lagi usaha APEC ke arah pertumbuhan mampan dan inklusif pada masa depan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada New Zealand atas kejayaan Pelan Pelaksanaan untuk menterjemahkan Wawasan Putrajaya 2040 kepada tindakan konkrit.
"Thailand akan meneruskan tugas APEC dan bekerjasama rapat dengan ekonomi lain, terutamanya ketika pasca COVID-19 demi kemakmuran rantau dan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Dalam acara simbolik, Perdana Menteri New Zealand menyerahkan pendayung waka kepada Prayuth supaya Thailand dapat mengemudi APEC menuju kejayaan lebih cemerlang. - Foto Twitter/@APEC2022TH
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.