awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand bakal buka klinik 'long-COVID' di Bangkok

Bernama
Bernama
07/05/2022
00:35 MYT
Thailand bakal buka klinik 'long-COVID' di Bangkok
Bukti menunjukkan, kira-kira 10 hingga 20 peratus orang mengalami pelbagai kesan sampingan untuk jangka masa sederhana dan panjang selepas pulih. - Gambar hiasan
BANGKOK: Thailand akan membuka perkhidmatan klinik 'long COVID-19' di Bangkok minggu depan bagi menyokong dan menyediakan rawatan untuk pesakit COVID-19 yang mengalami kesan jangka panjang.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Tetap Pentadbiran Bangkok (BMA), Khachit Chatchavanich berkata sembilan klinik COVID-19 akan dibuka di hospital mulai Isnin (9 Mei).
"Pesakit yang pulih daripada jangkitan COVID-19 selama lebih sebulan dan mengalami gejala berlarutan akan menerima rawatan yang menumpukan kepada pemantauan simptom mereka," katanya.
Beliau berkata rawatan yang diberikan berdasarkan keutamaan.
Sembilan klinik itu akan dibuka di setiap hospital, sekali seminggu pada hari dan slot masa yang berbeza dan dikendalikan pengamal am, jururawat dan ahli terapi.
Long COVID-19 | Thailand sedia perkhidmatan klinik di Bangkok
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan pesakit yang menghidap COVID-19 pulih sepenuhnya.
Bagaimanapun, bukti menunjukkan kira-kira 10 hingga 20 peratus orang mengalami pelbagai kesan sampingan untuk jangka masa sederhana dan panjang selepas pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Long COVID-19
#Bangkok
#kesan jangka panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan