awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand dan Kemboja sepakat selesaikan pertikaian sempadan melalui JBC

Bernama
Bernama
30/05/2025
00:40 MYT
Thailand dan Kemboja sepakat selesaikan pertikaian sempadan melalui JBC
Mao Sophan (kiri) bertemu dengan Phana Klaewplatthuk (kanan), di sebuah pusat pemeriksaan sempadan di wilayah Surin, Thailand, 29 Mei, 2025. - Foto RTA/AP
BANGKOK: Tentera Thailand dan Kemboja bersetuju pada Khamis untuk menarik balik anggota tentera dari kawasan yang dipertikaikan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja apabila berlaku pertempuran singkat sehari sebelumnya.
Dalam satu kenyataan, Tentera Diraja Thailand (RTA) menyatakan kedua-dua negara bersetuju menggunakan Jawatankuasa Bersama Sempadan (JBC), satu mekanisme di peringkat kerajaan, untuk mempercepatkan penyelesaian isu berkenaan.
"Mesyuarat JBC dijangka mencapai kesimpulan dalam tempoh dua minggu. Sementara itu, anggota tentera daripada kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertempuran baru-baru ini menarik diri dari kawasan yang dipertikaikan, sekali gus meredakan ketegangan," kata RTA.
Pada Rabu, tentera Thailand dan Kemboja terbabit dalam insiden tembakan singkat di wilayah Ubon Ratchathani di timur laut Thailand dan wilayah Preah Vihear di utara Kemboja. Seorang tentera Kemboja terbunuh.
Sebelum itu, Panglima Tentera Diraja Thailand Jeneral Phana Klaewplatthuk, bersama delegasinya bertemu dengan Panglima Tentera Kemboja Jeneral Mao Sophan dan delegasi Kemboja pada Khamis di pos kawalan sempadan tetap Chong Chom di Wilayah Surin untuk membincangkan situasi sempadan.
Sementara itu, RTA mengesahkan yang kedua-dua pihak turut bersetuju menggunakan Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) untuk menangani perkara yang belum diselesaikan dan meningkatkan keberkesanan mekanisme JBC.
RTA berkata ia akan terus memantau situasi sempadan dengan rapat dan sentiasa bersedia bagi memastikan ketenteraman dan kestabilan di sepanjang sempadan.
Sementara itu, media melaporkan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet mengenai langkah untuk meredakan ketegangan di sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Bersama Sempadan
#JBC
#sempadan Thailand-Kemboja
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami