awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023

Bernama
Bernama
17/02/2024
13:03 MYT
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks berkenaan berdasarkan lima kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand berada di kedudukan ke-63 dalam Indeks Demokrasi Economist Intelligence Unit (EIU) 2023 selepas mencatat skor sebanyak 6.35 mata.
Laporan itu mengklasifikasikan 167 negara dan wilayah kepada empat kategori iaitu 24 negara demokrasi sepenuhnya, 50 demokrasi kurang sempurna, 34 rejim hibrid dan 59 rejim autoritarian.
Indeks berkenaan berdasarkan lima kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Di negara Asia Tenggara, Malaysia berada pada kedudukan ke-40, negara dengan kedudukan tertinggi di rantau ini.
Negara lain yang disenaraikan ialah Timor Leste (45), Filipina (53), Indonesia (56), Singapura (69), Kemboja (121), Vietnam (136), Laos (159) dan Myanmar (166).
Pada tahun 2022 Thailand berada di kedudukan ke-55.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EIU
#Thailand
#pilihan raya
#kerajaan
#politik
#demokrasi
#indeks demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan