PATTANI: Pihak berkuasa Thailand merampas 510 kilogram dadah jenis 'ice' atau kristal methamphetamine dan 60,000 biji pil kuda yang dipercayai untuk diseludup ke Malaysia.
Ketua Polis Pattani, Mej Jen Pol Pitchawut Sa-gnuansombutsiri berkata operasi bersama polis dan tentera turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 29 dan 62 tahun pada 6 Mac lepas.
"Bertindak atas maklumat dan risikan, pihak berkuasa menahan sebuah lori di sempadan Pattani-Songkhla.
"Pemeriksaan ke atas lori tersebut menemukan 510 kilogram dadah jenis 'ice' dan 60,000 biji pil kuda yang disembunyikan dalam kotak kecil teh dalam ruang muatan lori tersebut.
"Dianggarkan harga dadah akan mencecah 100 juta baht sekiranya ia berjaya diseludup masuk ke negara jiran," katanya dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
Beliau menambah bahawa pihak berkuasa turut menyita tiga kenderaan pacuan empat roda, tanah, akaun bank dan barangan kemas dianggarkan bernilai 11.6 juta baht.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Pemeriksaan ke atas lori tersebut menemukan 510 kilogram dadah jenis 'ice' dan 60,000 biji pil kuda yang disembunyikan dalam kotak kecil teh dalam ruang muatan lori tersebut. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis rampas syabu lebih setengah juta ringgit di Ayer Hitam, Yong Peng
Hasil serbuan,tiga suspek warganegara India termasuk seorang warga tempatan berjaya ditahan.