GADGETS
DeepMind Genie 3 boleh jana dunia 3D realistik penuh interaktif

Genie 3 menjana dunia 3D realistik dan interaktif hanya dengan prom teks serta membolehkan pergerakan pengguna. -Amanz
DEEPMIND melancarkan Genie 3 yang menurut mereka ialah model dunia yang boleh menghasilkan dunia tiga dimensi yang bukan sahaja kelihatan realistik tetapi juga interaktif.
Ringkasan AI
- Genie 3 menjana dunia 3D realistik dan interaktif hanya dengan prom teks serta membolehkan pergerakan pengguna.
- Ia menyimpan memori aksi pengguna, mengekalkan perubahan, dan membolehkan penambahan elemen baharu secara masa nyata.
- Menawarkan resolusi 720p dengan interaksi beberapa minit, peningkatan besar dari Genie 2, dan kini boleh diakses oleh penyelidik melalui permohonan.
Genie 3 juga mempunyai memori yang mengingati aksi yang dilakukan oleh pengguna.
Dalam video di atas, pengguna boleh mengecat dinding dan apabila bergerak ke kawasan lain bahagian dinding yang dicat akan kekal.
Menurut DeepMind ini membolehkan penghasilan kandungan 3D yang konsisten untuk permainan video, hiburan dan juga tujuan latihan kecemasan.
Ia turut mempunyai kemampuan unik memasukkan elemen baharu ke dalam dunia yang telah dihasilkan secara masa nyata dengan hanya menaip prom tambahan.
Setiap dunia yang dijana Genie 3 adalah pada resolusi 720p 24FPS dengan interaksi boleh dilakukan selama beberapa minit.
Ini adalah peningkatan daripada Genie 2 yang menghasilkan dunia dengan resolusi 360p dan interaksi yang bertahan sehingga 20 saat sahaja.
Menurut DeepMind, Genie 3 ialah satu lagi langkah ke arah pembangunan kecerdasan am buatan (AGI).
Model kini boleh diakses oleh golongan penyelidik dengan permohonan perlu dilakukan terlebih dahulu oleh DeepMind. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami