Thailand izinkan penggunaan ganja untuk perubatan, ibarat 'hadiah' tahun baharu

Agensi
Disember 25, 2018 12:52 MYT
Thailand muncul selaku negara pertama di rantau ini yang membenarkannya secara sah di sisi undang-undang. - Gambar fail
Kerajaan Thailand memutuskan untuk mengizinkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan dan penyelidikan di negara itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan negara itu, Somchai Sawangkarn, ia bolehlah dianggap sebagai hadiah bermakna bagi menyambut tahun baharu untuk seluruh rakyat Thailand.
Penggunaan bahan terlarang itu dalam melegakan kesakitan dalam kalangan rakyat Thai bukanlah asing dan ia telah digunakan sejak 1930.
Dengan pengumuman itu, Thailand muncul selaku negara pertama di rantau ini yang membenarkannya secara sah di sisi undang-undang.
BACA: Thailand akan 'halalkan' penggunaan ganja?
Ia dilaksanakan di Thailand dalam keadaan kebanyakan negara Asia yang lain masih mengenakan undang-undang, antara yang paling ketat di dunia sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati.
Antara yang mengenakan hukuman mati terhadap kesalahan itu termasuklah Malaysia, Singapura dan Indonesia.
#Asia #ganja #Halal #Indonesia #kerajaan #Malaysia #mati #perubatan #rakyat #Singapura #Thailand #undang-undang