awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand kembali raikan Songkran berskala penuh selepas COVID-19

Bernama
Bernama
13/04/2023
14:49 MYT
Thailand kembali raikan Songkran berskala penuh selepas COVID-19
Digelar sebagai pesta air terbesar di dunia, Songkran menarik kedatangan ribuan pelancong dari seluruh dunia. - Gambar Bernama
BANGKOK: Thailand kembali meraikan perayaan Songkran secara besar-besaran selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19.
Cuti Songkran tahun ini bermula dari 13 hingga 17 April dan sambutan itu mengembalikan kemeriahan dan kegembiraan selepas sekatan terhadap aktiviti sosial ketika pandemik.
Sebagai sebahagian daripada budaya tradisional Thailand, adalah menjadi kebiasaan untuk menyambut tahun baharu dengan menyimbah air antara satu sama lain.
Digelar sebagai pesta air terbesar di dunia, Songkran menarik kedatangan ribuan pelancong dari seluruh dunia.
"Ini kali pertama saya meraikan Songkran. Walaupun sudah tiga tahun menetap di Bangkok, saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kemeriahan itu sehingga kini. Saya sangat seronok," kata Shona Griffiths dari England kepada Bernama.
Selain itu, penduduk tempatan juga meraikan Songkran dengan mengunjungi kuil serta melakukan ritual memandikan patung Buddha.
Perayaan Songkran tahun ini menyaksikan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikannya bersama ahli keluarga.
Pada tahun ini, sambutan Songkran lebih meriah dengan anjuran festival muzik hip-hop antarabangsa terkemuka 'Rolling Loud' yang akan mengadakan konsert pertamanya di Asia - di Legend Siam di Pattaya pada 13-15 April.
Disokong oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), 'Rolling Loud Thailand 2023' menampilkan Travis Scott, Cardi B dan Chris Brown, termasuk maestro hip-hop Malaysia Johan Ishak a.k.a. Joe Flizzow, penyanyi rap Thailand MILLI, penyanyi rap yang juga penerbit Taiwan J. Sheon dan penyanyi rap Amerika Blueface.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelancongan
#Songkran
#patung buddha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan