awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta mulai tengah hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2025
04:45 MYT
Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta mulai tengah hari ini
Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata selepas pertempuran berlarutan di sempadan kedua-dua negara. -Foto Facebook Army Military Force
BANGKOK/PHNOM PENH: Thailand dan Kemboja hari ini mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula jam 12 tengah hari waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia), sekali gus menamatkan beberapa minggu pertempuran di sempadan kedua-dua negara.

Ringkasan AI
  • Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata selepas pertempuran berlarutan di sempadan kedua-dua negara.
  • Persetujuan termasuk menghentikan serangan terhadap orang awam, infrastruktur awam, dan sasaran ketenteraan.
  • Thailand bersetuju memulangkan 18 tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Persetujuan itu dicapai selepas rundingan selama tiga hari antara kedua-dua negara jiran Asia Tenggara susulan ketegangan yang memuncak sejak awal Disember lalu sehingga mengorbankan puluhan nyawa dan memaksa ribuan penduduk berpindah.
Menurut kenyataan bersama Jawatankuasa Khas Sempadan Am (SGBC) yang diumumkan oleh pihak Kemboja, kedua-dua negara bersetuju menghentikan semua bentuk serangan, termasuk terhadap orang awam, infrastruktur awam dan sasaran ketenteraan.
“Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas menandatangani kenyataan bersama ini, berkuat kuasa pada jam 12 tengah hari (waktu tempatan) 27 Disember 2025,” menurut kenyataan itu.
Sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian, Thailand juga bersetuju memulangkan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.
Kedua-dua pihak turut bersetuju membenarkan penduduk yang berpindah akibat konflik kembali ke kediaman masing-masing di kawasan sempadan terjejas.
Pertempuran yang tercetus awal bulan ini berpunca daripada pertikaian wilayah berlarutan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan terlebih dahulu.
Insiden itu menyebabkan kematian tentera dan orang awam serta kerosakan infrastruktur di wilayah Siem Reap, Kemboja dan kawasan bersempadan di Thailand.
Penganalisis serantau menyifatkan persetujuan ini sebagai langkah penting meredakan ketegangan dan mengelakkan konflik bersenjata lebih meluas.
Namun mereka menggesa kedua-dua negara terus berunding secara diplomatik bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap pertikaian sempadan yang berlarutan selama beberapa dekad.
Gencatan senjata ini turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk ASEAN, yang sebelum ini menyeru kedua-dua negara menahan diri dan menyelesaikan pertikaian melalui saluran damai.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan gencatan senjata? A: Mereka mencapai persetujuan selepas pertempuran berlarutan di sempadan kedua-dua negara.
  • Q: Apa yang termasuk dalam persetujuan gencatan senjata di antara Thailand dan Kemboja? A: Persetujuan termasuk menghentikan serangan terhadap orang awam, infrastruktur awam, dan sasaran ketenteraan.
  • Q: Apakah yang diminta Thailand sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian gencatan senjata? A: Thailand bersetuju memulangkan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.

Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#gencatan senjata
#ASEAN
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan