awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2025
06:30 MYT
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lokasi kebakaran meragut nyawa dua beranak di sebuah rumah di Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu pada Jumaat. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa dua beranak di sebuah rumah di Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu di sini pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Tiada unsur jenayah dalam kebakaran yang meragut nyawa dua beranak di Flat Sentul Utama.
  • Ketua Polis Daerah Sentul, Sukarno Mohd Zahari menyatakan kematian mangsa adalah akibat kebakaran.
  • Wanita warga emas bersama anak lelakinya maut terperangkap dalam kebakaran di Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Sukarno Mohd Zahari berkata, hasil siasatan awal termasuk proses bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat kejadian kebakaran tersebut.
"Proses bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa telah selesai dijalankan dan setakat ini, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di kawasan Sentul di sini.
Dalam kejadian itu, dua mangsa ditemui di dalam tandas rumah terbabit terdiri seorang lelaki dewasa berusia 58 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 82 tahun. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tiada unsur jenayah
#dua beranak rentung
#Flat Sentul Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan