BANGKOK: Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Jabatan Taman Negara Thailand, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) serta WildAid melancarkan kempen mengurangkan penggunaan dan pembelian barang kemas serta aksesori berasaskan gading gajah.
Kempen "Only Elephants Wear Ivory Best" menampilkan pelakon dan supermodel Thailand Cindy Sirinya Bishop, serta ahli astrologi dan feng shui Thailand terkenal, Master Tossaporn Sritula (Master Chang), dalam usaha menamatkan permintaan terhadap produk gading gajah dan menghalang pengguna membeli produk berkenaan pada masa hadapan.
Kempen itu juga menampilkan dua video berdurasi 32 saat yang dibintangi kedua-dua duta itu.
Pakar Pembangunan Program Misi Pembangunan Serantau USAID untuk Asia, Dr Suphasuk Pradubsuk berkata kerajaan Amerika Syarikat (AS) kekal komited terhadap perkongsian produktif dengan Jabatan Taman Negara Thailand, Pemuliharaan Tumbuhan dan Hidupan Liar untuk menamatkan perdagangan hidupan liar secara haram dan melindungi alam sekitar serta kesihatan manusia dengan mengurangkan permintaan terhadap produk berkenaan.
Beliau berkata kempen "Beautiful without ivory" USAID Wildlife Asia berjaya mengubah sikap kumpulan sasar dalam masa yang singkat.
"Kami berharap kempen 'Only Elephants Wear Ivory Best' akan meneruskan trend ini," kata Dr Suphasuk dalam satu kenyataan.
Menurut kajian USAID 2020, kempen 'Beautiful without ivory' membantu mengurangkan permintaan pembeli sebanyak 50 peratus dan penerimaan sosial untuk membeli serta menggunakan produk berkenaan turut menurun sehingga 50 peratus berbanding kajian sama yang dilaksanakan USAID pada 2018.
Persepsi bahawa 'gading itu cantik' menurun daripada 67 peratus pada 2018 kepada hampir 48 peratus pada 2020.
Kempen 'Only Elephants Wear Ivory Best' juga bertujuan untuk membasmi pemacu utama penggunaan produk gading gajah di Thailand - kepercayaan bahawa produk terbabit membawa tuah kepada kehidupan dan menjanjikan kebahagiaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah DNP, Rutchada Suriyakul Na Ayutya berkata DNP bekerjasama rapat dengan USAID dan WildAid untuk membantu mengurangkan permintaan terhadap produk gading gajah haram sejak 2018.
"Mengurangkan permintaan terhadap produk hidupan liar haram adalah antara strategi lain untuk menghentikan perdagangan haram, selaras dengan panduan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).
"Kami benar-benar percaya bahawa dengan penguatkuasaan undang-undang di samping kempen seperti 'Only Elephants Wear Ivory Best', kami boleh mencipta nilai baharu dalam masyarakat untuk menghentikan penggunaan produk terbabit, serta menyumbang kepada pengurangan permintaan produk berasaskan gading dengan ketara," katanya.
USAID, WildAid dan DNP akan mempromosikan video kempen dan visual utama melalui Facebook, serta saluran media sosial lain untuk memaksimumkan jangkauan penonton.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Supermodel Cindy Sirinya Bishop, serta ahli astrologi dan feng shui Tossaporn Sritula menjadi duta kempen itu. - YouTube WorldAidThailand / Facebook WildAidThailand
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia
Lebih 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan di Croatia setiap tahun, terutamanya apabila pemiliknya pergi bercuti, walaupun kempen kesedaran telah dijalankan oleh NGO Friends of Animals sejak 2002, la
Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian
Kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera
Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.
Industri perbankan lancar Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan
Orang ramai akan dapat melihat lebih banyak iklan kesedaran dan mesej peringatan di saluran bank sendiri serta media sosial dan arus perdana.
Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading
Ia usaha menamatkan permintaan terhadap produk gading gajah dan menghalang pengguna membeli produk berkenaan pada masa hadapan.
Hilang habitat, kurang sumber makanan antara faktor konflik manusia-buaya di Sabah
Lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan berpopulasi buaya yang tinggi dengan penganjuran bengkel bersama masyarakat tempatan.
Tomok, Wany Hasrita antara artis yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam JSJK
Kesemua figura dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai bagi memudahkan usaha tersebut sampai kepada kumpulan sasaran.
Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.