awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand larang penggunaan krim pelindung matahari, boleh jejaskan terumbu karang

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
05/08/2021
03:59 MYT
Thailand larang penggunaan krim pelindung matahari, boleh jejaskan terumbu karang
Maya Bay, di Pulau Phi Phi Leh yang terkenal dengan filem The Beach ditutup sejak 2018 setelah sebahagian besar terumbu karangnya dilaporkan rosak.
THAILAND melarang penggunaan krim pelindung matahari dikatakan mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan terumbu karang di taman marin negara itu.
Kebimbangan itu berikutan krim yang digunakan pelancong untuk mendapat perlindungan daripada cahaya matahari itu akan melambatkan pertumbuhan terumbu karang.
Jabatan Pemuliharaan Thailand mendakwa, empat bahan yang biasanya terdapat dalam krim pelindung itu terbukti dapat memusnahkan batu karang, merencatkan pembiakan dan menyebabkan pemutihan terumbu karang.
Bagi individu yang melanggar larangan itu boleh dikenakan denda 100,000 Baht atau RM12,750.
Namun jabatan itu belum menyatakan bagaimana mereka merancang untuk menguatkuasakan peraturan baharu itu.
Krim pelindung matahari yang dilarang adalah yang mengandungi oxybenzone, octinoxate, 4-methylbenzylidene camphor atau butylparaben.
Larangan serupa telah diperkenalkan oleh Pulau Pasifik di Palau dan Hawaii.
Ini merupakan usaha terbaharu kerajaan Thailand untuk melindungi terumbu karang bagi industri pelancongannya.
Maya Bay, di Pulau Phi Phi Leh yang terkenal dengan filem The Beach ditutup sejak 2018 setelah sebahagian besar terumbu karangnya dilaporkan rosak.
Topic Berkaitan
#Thailand
#pelancong
#krim pelindung matahari
#Phuket
#Krabi
#terumbu karang
#laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan