BANGKOK:Thailand melarang semua perhimpunan awam termasuk penganjuran sambutan dan konsert tahun baharu di kawasan yang dilanda COVID-19, berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menghentikan penularan pandemik itu.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata perhimpunan awam dilarang di kawasan yang dikawal ketat, yang merekodkan lebih daripada 50 kes dan kawasan terkawal yang mencatatkan lebih daripada 10 kes.
Beliau berkata mengikut perkembangan terbaharu, wabak itu telah merebak ke 48 dari 77 wilayah di negara itu.
"Lonjakan jumlah kes harian COVID-19 kini agak membimbangkan. Kami tidak mahu melihat pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) lagi," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Ketika ini, beberapa kawasan telah dilaksanakan perintah sekatan bersasar termasuk di pusat pelancongan Pattaya dan Hua Hin.
Thaweesilp berkata gabenor wilayah juga telah diberi kuasa untuk melarang penganjuran apa-apa acara dan aktiviti yang boleh menimbulkan risiko penyebaran COVID-19.
Sementara itu, pihak berkuasa juga meminta orang ramai mengelak daripada melakukan perjalanan tidak penting bagi menghalang penyebaran wabak itu.
Sejak tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 250 kes baharu COVID-19 melibatkan 241 penularan tempatan, 29 daripadanya pernah mengunjungi ke pusat hiburan, sembilan dikaitkan dengan kluster pasar udang Samut Sakhon, tiga dari Kluster Rayong dan dua pekerja asing.
Sumber jangkitan bagi sejumlah 198 kes itu masih dalam siasatan, dengan 108 kes dilaporkan di wilayah Chonburi dan 53 di wilayah Rayong.
Setakat ini, Thailand telah mencatatkan 6,690 kes dengan 61 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Pekerja asing beratur sebelum mengambil ujian swab untuk COVID-19 di sebuah komuniti migran di wilayah Samut Sakhon, Thailand, 20 Dis, 2020. REUTERS
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
COVID-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah
Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 pada Rabu.
COVID-19: Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah
Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
COVID-19: 22 Kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah
Tiga lagi kluster COVID-19 diisytiharkan tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
PRN Johor: JKN jangka tiada kluster tercetus, semua pihak perlu terus patuh SOP
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.
Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston
Seorang warga emas yang menghadiri majlis perkahwinan di dua buah kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston.
COVID-19: Malaysia rekod 4,774 kes baharu, 8 kematian
Malaysia mencatat 4,774 kes COVID-19 pada Isnin, sedikit menurun dari semalam.
COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup
Sekolah tersebut diarahkan tutup bermula 17 Januari hingga 23 Januari.
COVID-19: 36 kes dikesan babitkan kluster di SMK Tambunan
Sebuah kluster COVID-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan dengan 36 kes dikesan setakat hari ini.
Satu kluster dikesan babitkan PRN Melaka, kes indeks petugas jentera parti - Exco Negeri
Satu kluster membabitkan dua madrasah dikesan tercetus akibat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
COVID-19: Pemandu kereta sapu cetus Kluster Tumbalang di Ranau
Seorang pemandu kereta sapu di Ranau menjadi kes indeks Kluster Tumbalang yang menyebabkan jangkitan 56 kes positif COVID-19.