BANGKOK: Rakyat Thailand boleh melakukan ujian COVID-19 di rumah mereka mulai minggu depan apabila kit ujian antigen COVID-19 akan mula dijual di hospital dan klinik yang sah.
Kit ujian ini juga boleh didapati di farmasi yang mempunyai ahli farmasi berdaftar yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA).
Kelulusan mengenai kit ujian antigen itu turut diterbitkan di dalam Warta Diraja pada Selasa.
Thailand sebelum ini sudah menggunakan kit Real Time Polymerase (RT-PCR) untuk diagnosis.
Namun, disebabkan proses menunggu yang lama di kemudahan saringan terutama di Bangkok, pusat penularan pandemik terbaru, proses itu kini boleh dilakukan sendiri di rumah dan membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Sementara itu, Setiausaha Agung FDA, Dr Paisarn Dunkum, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan untuk memastikan produk berkenaan dijual dengan harga berpatutan.
"Bagaimanapun, kit ujian ini tidak akan dijual dalam talian," katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul menyatakan Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Negara (NCDC) meluluskan penggunaan kit ujian antigen itu di 300 hospital dan makmal perubatan yang juga menyediakan ujian RT-PCR disahkan.
Setakat ini, sebanyak 24 jenama kit telah diluluskan FDA.
Sementara itu, kabinet pada Selasa meluluskan bantuan berjumlah 42 juta baht untuk memberi sokongan kewangan kepada perniagaan dan pekerja yang terjejas berikutan pelaksanaan sekatan terbaharu untuk membendung penularan COVID-19.
Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata langkah itu merangkumi pampasan untuk majikan dan pekerja di Bangkok dan sembilan wilayah yang diletakkan di bawah "wilayah kawalan maksimum dan diperketatkan".
"Dianggarkan nilai bantuan adalah 30 juta baht," katanya dalam satu kenyataan.
Bantuan itu terhad kepada sembilan sektor: pembinaan; perkhidmatan penginapan dan makanan; aktiviti seni, hiburan dan rekreasi; perkhidmatan lain seperti dinyatakan Pejabat Keselamatan Sosial; pengangkutan dan gudang; perniagaan borong dan runcit; sokongan pentadbiran dan perkhidmatan; aktiviti sains dan akademik; dan penyiaran dan komunikasi.
Selain itu, katanya kerajaan akan memberikan subsidi utiliti selama dua bulan berjumlah kira-kira 12 juta baht.
Bermula Isnin, di Bangkok dan sembilan wilayah lain tertakluk di bawah kawalan ketat termasuk perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi dan penutupan pusat beli-belah selain perhimpunan terhad kepada lima orang untuk mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Kit ujian ini juga boleh didapati di farmasi yang mempunyai ahli farmasi berdaftar yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA). - Gambar fail/ Reuters
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.