BANGKOK: Thailand pada Isnin memberi lampu hijau kepada petugas perubatan untuk menggunakan kaedah alternatif vaksinasi dengan memberikan suntikan dos penggalak COVID-19 secara terus ke lapisan kulit dan bukan menyuntik ke dalam otot bahu sebagai usaha untuk memperkuat sistem imun dan menangani isu bekalan vaksin.
Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul berkata, kaedah itu telah dicuba doktor pada bulan lalu dan suntikan intradermis menggunakan 25 peratus daripada suntikan pada otot bahu, namun memberi tindak balas imun yang sama.
"Ia membolehkan dos vaksin sama diberikan kepada empat hingga lima individu berbanding sebelum ini," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Vachira di Phuket, Dr Chalermpong Sukonthaphon berkata, pusat perubatan tersebut telah diberi kelulusan untuk menggunakan teknik itu bermula Jumaat ini.
"Satu dos vaksin boleh digunakan untuk lima suntikan intradermis," jelasnya.
Difahamkan, Thailand terpaksa beralih kepada kaedah tidak konvensional kerana berdepan masalah bekalan vaksin Covid-19 walaupun vaksin AstraZeneca dihasilkan pengeluar tempatan.
Setakat ini, hanya 21 peratus daripada 72 juta populasi di negara itu telah menerima dos lengkap sejak kempen inokulasi kebangsaan dilancarkan pada Jun lalu ketika negara tersebut bergelut dengan ancaman varian Delta dan Alpha.
Pihak berkuasa kesihatan di Bangkok juga merancang untuk mengguna pakai teknik yang belum dilakukan di mana-mana negara dengan cara memberikan vaksinasi menggunakan vaksin berbeza iaitu Sinovac untuk dos pertama dan AstraZeneca untuk dos kedua.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Sep 20 2021
Seorang petugas kesihatan memberi suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca di dalam sebuah unit vaksinasi bergerak di Bangkok, Thailand, 8 Sept, 2021. - Foto AP/Gambar hiasan
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Thailand lulus suntikan intradermis
Thailand lulus suntikan intradermis