awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand mungkin masuk fasa endemik pada Julai - Kajian

Bernama
Bernama
07/03/2022
12:00 MYT
Thailand mungkin masuk fasa endemik pada Julai - Kajian
Kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Awam Thailand mendapati peralihan kepada fasa endemik itu adalah kesan daripada kejayaan kerajaan dalam menangani pandemik. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand mungkin memasuki fasa endemik seawal Julai tahun ini memandangkan situasi COVID-19 bertambah baik berikutan kadar vaksinasi yang tinggi dan sistem penjagaan kesihatan awam yang baik.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natanu Nopaku, berkata kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Awam mendapati peralihan kepada fasa endemik itu adalah kesan daripada kejayaan kerajaan dalam menangani pandemik.
"Kajian itu menyatakan kepimpinan, pengurusan, sumber manusia, perubatan, kemudahan perubatan dan bekalan vaksin yang baik dan paling penting penyertaan serta dedikasi daripada semua sektor dan masyarakat.
"Status sepatutnya berubah daripada pandemik kepada endemik menjelang Julai tahun ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata negara seperti Sepanyol, India dan Amerika Syarikat juga bersiap sedia untuk beralih kepada fasa endemik.
"Pakar percaya wabak itu menghampiri penghujungnya kerana varian baharu kelihatan kurang berbahaya. Selain itu, kadar jangkitan di Thailand semakin perlahan dan sepatutnya bertambah baik untuk memasuki peringkat endemik menjelang Julai," katanya.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 21,162 kes baharu COVID-19 dan 65 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 3,047,857 dengan 23,300 korban setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fasa endemik di Thailand
#COVID-19
#sepanyol
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan