BANGKOK: Bermula 1 November, pelancong dan pengembara lengkap vaksin COVID-19 yang mengunjungi Bangkok dan sembilan wilayah di Thailand dikecualikan menjalani kuarantin wajib dua minggu.
Pengecualian merangkumi destinasi pelancongan seperti Krabi, Chiang Mai, Koh Phangnga, Pattaya, Bang Lamung, Jomtien dan Bang Sare di Chonburi, Hua Hin (Prachuap Khiri Khan) dan Koh Phayam (Ranong).
Langkah terbaharu itu bertujuan menghidupkan kembali industri pelancongan Thailand yang terjejas akibat COVID-19.
Ia susulan pengumuman, bermula 1 Oktober Thailand akan mengurangkan tempoh kuarantin 14 hari kepada tujuh hari untuk pelawat lengkap divaksin, manakala pelancong belum divasin yang tiba melalui pengangkutan udara dikenakan 10 hari kuarantin dan mereka menggunaka laluan darat menjalani 14 hari kuarantin.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) hari ini meluluskan langkah-langkah tersebut.
Pada sidang media, jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata berkuat kuasa 1 Oktober, Bangkok dan 28 wilayah di kawasan "zon merah gelap" akan menyaksikan pembukaan semula lebih banyak perniagaan dan perkhidmatan.
"Ia termasuk pawagam, spa, perpustakaan, salun kecantikan dan klinik, ruang tatu, salun kuku dan tempat sukan. Perintah berkurung waktu malam akan dikurangkan sejam iaitu dari 10 malam hingga 4 pagi," katanya.
Taweesin berkata perintah darurat akan dilanjutkan hingga 30 November dan sedang menunggu kelulusan kabinet.
Susulan kejayaan "Phuket Sandbox" dan "Samui Plus" yang dilancarkan pada Julai, Thailand yang bergantung kepada pelancongan berusaha membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan terkenal kepada pelancong lengkap divaksin.
Pada 2019, Thailand menarik hampir 40 juta pengunjung dan jumlahnya merosot kepada 6.7 juta tahun lalu.
Terdahulu, pelan awal Thailand untuk membuka kembali Bangkok pada 1 Oktober mungkin akan ditunda berikutan kegagalan memenuhi sasaran 70 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.
Terkini, Thailand telah memberikan 50.56 juta dos vaksin COVID-19 sejak kempen vaksinasi bermula 28 Februari lalu.
Sementara itu, Taweesin berkata Thailand akan memperoleh 2.79 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, 165,000 dos AstraZeneca dari Sepanyol dan 400,000 dos AstraZeneca dari Hungary.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 10,288 kes baharu COVID-19 baharu dan 101 kematian. Jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah sebanyak 1,571,926 kes dan 16,369 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Bermula 1 November, pelancong dan pengembara lengkap vaksin COVID-19 yang mengunjungi Bangkok dan sembilan wilayah di Thailand dikecualikan menjalani kuarantin wajib dua minggu. - Gambar fail/REUTERS
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.