BANGKOK:Thailand memperoleh tambahan sekurang-kurangnya dua juta dos vaksin COVID-19 yang akan dihantar antara Februari dan April ini, kata Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.
Anutin yang juga Menteri Kesihatan Awam berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Rabu telah mengarahkannya supaya berbincang mengenai pemerolehan tambahan vaksin COVID-19 dengan pengeluar.
Bulan lepas, Thailand menandatangani perjanjian dengan firma farmaseutikal multinasional Britain-Sweden, AstraZeneca Plc untuk mendapatkan 26 juta dos vaksin COVID-19 untuk imunisasi 13 juta orang sebelum Mei.
"Selepas rundingan, dijangkakan sekurang-kurangnya dua juta lagi dos vaksin COVID-19. Saya telah memaklumkan perdana menteri (Prayuth) dan beliau menyokong pemerolehan tersebut," katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Namun Anutin yang kini menjalani kuarantin di rumah setelah bertemu gabenor Samut Sakhon yang disahkan positif COVID-19 pada 28 Dis, tidak menyatakan negara pengeluar bagi vaksin tambahan itu.
Anutin berkata Prayuth juga mengarahkan agensi berkaitan agar mempercepatkan proses memperoleh vaksin untuk kumpulan berisiko.
Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri pula berkata Prayuth berharap sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk akan diberi vaksin pada 2021.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 194 kes COVID-19 termasuk 181 jangkitan tempatan manakala 13 kes import.
Pada sidang media mengenai perkembangan pandemik itu di negara berkenaan, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata sehingga kini virus itu telah menular ke 51 daripada 77 wilayah Thailand.
Daripada 194 kes terkini COVID-19 itu, 128 kes dengan 77 di wilayah Rayong, 20 di Samut Sakhon, Chonburi (16), Samut Prakan (enam), Chanthaburi (lima), Trat (tiga) dan Chachoengsao (satu) dalam siasatan sumber jangkitan, katanya.
Thaweesilp menggesa orang ramai supaya tinggal di rumah untuk menyambut Tahun Baharu.
"Tiada sekatan perjalanan antara wilayah tetapi yang terbaik adalah tinggal di rumah untuk mengira detik ketibaan tahun baharu daripada mengira kes COVID-19," katanya.
Setakat ini Thailand merekodkan 6,854 kes dengan 61 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Thailand memperoleh tambahan sekurang-kurangnya dua juta dos vaksin COVID-19 yang akan dihantar antara Februari dan April ini. - Gambar fail/AP
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.