awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand rancang suntik vaksin COVID-19 untuk 5.2 juta murid lima hingga 11 tahun

Bernama
Bernama
12/01/2022
20:21 MYT
Thailand rancang suntik vaksin COVID-19 untuk 5.2 juta murid lima hingga 11 tahun
Suntikan vaksin akan bermula dengan kanak-kanak berumur 11 tahun dan diikuti urutan umur mereka. - Gambar hiasan/ETX STUDIO
BANGKOK: Thailand merancang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada 5.2 juta murid berumur lima hingga 11 tahun.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjelaskan kepada ibu bapa dan membenarkan anak-anak mereka disuntik.
"Kementerian Pendidikan dijangka membuka pendaftaran vaksin dalam talian untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menjelang akhir bulan ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Watcharasin berkata kerajaan mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 untuk kumpulan kanak-kanak itu.
Beliau berkata vaksin itu dijangka tiba akhir bulan ini atau awal bulan depan.
"Suntikan vaksin akan bermula dengan kanak-kanak berumur 11 tahun dan diikuti urutan umur mereka," katanya.
Bulan lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun.
Sementara itu, Dr Sumanee berkata walaupun kes COVID-19 dikesan di sekolah, belum ada rancangan untuk menutupnya kerana sekolah telah melaksanakan langkah kawalan yang berkesan untuk membendung penularan COVID-19.
Sehingga Selasa, 95 peratus pelajar berumur 12 tahun ke atas sudah menerima suntikan dos pertama COVID-19 manakala 70 peratus lengkap divaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Kanak-kanak
#pelajar
#suntikan vaksin
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan