awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand rekod 218,210 kes penipuan babitkan kerugian 31.58 bilion baht

Bernama
Bernama
14/03/2023
16:20 MYT
Thailand rekod 218,210 kes penipuan babitkan kerugian 31.58 bilion baht
Dari 1 Mac tahun lalu hingga 11 Mac tahun ini, sebanyak 218,210 aduan mengenai penipuan telah difailkan. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand merekodkan 218,210 aduan mengenai kes penipuan membabitkan kerugian 31.58 bilion baht sejak 12 bulan lalu.
Penolong ketua polis, Lt Jen Sompong Chingduang berkata dari 1 Mac tahun lalu hingga 11 Mac tahun ini, sebanyak 218,210 aduan mengenai penipuan telah difailkan.
Beliau berkata penipuan dalam pelaburan mengakibatkan kerugian sebanyak 7.66 bilion baht dalam tempoh yang sama.
Polis menerima 29,945 aduan tentang penipuan pekerjaan dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 3.32 bilion baht.
"Terdapat 81,288 aduan mengenai penipuan membeli-belah, yang mengaut 1.01 bilion baht.
"Selain itu, 24,821 aduan difailkan mengenai penipuan pinjaman yang meminta mangsa membayar yuran pendahuluan," katanya.
Sementara itu, Sompong menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengelak daripada mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#Thailand
#pelaburan
#dalam talian
#pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan