PATTANI: Umat Islam di Thailand bakal menyambut Hari Raya Haji esok (21 Julai), sehari lewat daripada Malaysia dan Indonesia.
Namun begitu, segelintir umat Islam di selatan Thailand menyambut Hari Raya Haji hari ini dengan menunaikan solat sunat Adiladha di rumah.
Pejabat Sheikhul Islam Thailand sebelum ini mengumumkan tarikh Hari Raya Aidiladha pada 21 Julai berikutan anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan di negara itu menjelang waktu Maghrib pada 10 Julai lalu.
Seorang penduduk di Pattani yang enggan namanya disiarkan berkata, beberapa kampung di wilayah itu menyambut Hari Raya Haji mengikut tarikh sambutan di Tanah Suci Mekah.
"Ibadah korban akan dilaksanakan esok di masjid dan surau tertentu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tidak lebih lima orang petugas, untuk membendung penularan COVID-19," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Wae Deramae Matmingchik berkata, solat sunat Aidladha tidak dibenarkan di masjid dan surau tetapi boleh dilakukan di rumah masing-masing bersama dengan ahli keluarga sahaja.
"Ibadah korban hanya dibenarkan di tempat-tempat yang ditetapkan dan ia tidak boleh mengambil masa yang panjang," katanya sambil menambah bahawa kunjung-mengunjung dan ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan.
Dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, Thailand melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat di 13 zon merah gelap merangkumi Bangkok dan empat wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla hingga 2 Ogos.
Antara langkah pencegahan termasuk perintah berkurung bermula 9 malam hingga 4 pagi dan perhimpunan melebihi lima orang di zon merah gelap adalah dilarang.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat peningkatan kes harian 11,305 jangkitan baharu dan 80 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 426, 475 dan 3,502 kematian setakat ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021

Beberapa kampung di Pattani menyambut Hari Raya Haji mengikut tarikh sambutan di Tanah Suci Mekah. - Gambar AP

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Polis tahan tiga lelaki termasuk warga Thailand edar 29.8 kg ganja
Ganja yang dirampas itu dipercayai diseludup dari Thailand melalui jalan darat.

Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.

Thailand tarik diri sertai Pestabola Merdeka
Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan tarikh Pestabola Merdeka itu akan bertembung dengan Piala Raja Thailand.

"Mama betul ke ayah kahwin lain?" - Puteri Sarah terkedu nak jawab soalan anak
Syaikhul Islam turut bertanya sama ada bapanya memiliki individu lain dalam kehidupannya.

Selatan Thailand: Tiga pemberontak maut, insiden berbalas tembakan
Pihak berkuasa turut merampas tiga M16 dalam simpanan mereka.

Thai AirAsia antara syarikat penerbangan tepat masa di dunia - Laporan OAG
Thai AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia dengan penarafan prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 92.33 peratus pada 2022, menurut statistik oleh OAG.

Warga Thailand maut, nahas dua kenderaan dekat Masjid Bukit Setongkol
Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva dan pacuan empat roda Mitsubishi Xpander.

Mahkamah Thailand perintah ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki diekstradisi ke China
Mahkamah Thailand hari ini memerintahkan ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat diekstradisi ke China, untuk menghadapi pertuduhan berkaitan penipuan walaupun Malaysia turut memfailk

Pasangan bernikah di Thailand perlu daftar, denda tetap dikenakan - MB Perak
Sekiranya perkahwinan didaftarkan dengan JAIPk, anak yang lahir boleh mendapat sijil kelahiran mengikut undang-undang.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, empat cedera dalam letupan tangki minyak di Thailand
Media tempatan melaporkan dalam kejadian 9.15 pagi (waktu tempatan) pada Selasa itu, tujuh pekerja turut hilang.