awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini

Bernama
Bernama
24/02/2021
21:44 MYT
Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac Biotech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi, 24 Feb, 2021. (Foto AP)
BANGKOK: Thailand pada Rabu menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 Sinovac Biotech dari China, dan suntikan dijadual bermula minggu ini.
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).
Thailand memesan dua juta dos vaksin COVID-19 dari Sinovac Life Sciences Co of China, dengan 800,000 dos dijangka tiba pada Mac dan sejuta dos lagi pada April.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata ia peristiwa bersejarah, dan berterima kasih kepada kerajaan China yang menghantarnya mengikut jadual.
"Seperti dirancang, kita akan menerima vaksin dalam beberapa bulan berikutnya... Kita akan memiliki vaksin yang cukup untuk negara ini," katanya pada majlis penyerahan vaksin itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, semalam.
Menurut Ketua Jawatankuasa Kecil mengenai pengurusan vaksin COVID-19, Dr Sopon Mekthon, pada tengah hari, Thailand dijangka menerima 117,000 dos vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca.
Sebaik kedua-dua vaksin diterima, vaksinasi dijadual bermula dalam beberapa hari.
BACA: Thailand mulakan program vaksinasi minggu ini
BACA: COVID-19: Perdana Menteri Prayuth penerima vaksin pertama di Thailand
Prayuth antara penerima awal vaksin pada hujung minggu ini untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dan keberkesanannya.
Selain itu, petugas kesihatan barisan hadapan dan pesakit yang mempunyai sejarah penyakit kronik di 13 wilayah dengan kadar jangkitan tertinggi menjadi antara penerima pertama vaksin.
Setakat ini, Thailand mencatatkan 25,692 kes COVID-19 dan 83 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Thailand
#Sinovac
#program vaksinasi
#vaksin
#COVID-19
#suntikan
#Perdana Menteri
#Prayuth Chan o-cha
#petugas kesihatan
#Oxford-AstraZeneca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan