BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra boleh mendapatkan pengampunan diraja dan proses itu mengambil masa satu hingga dua bulan, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong.
Beliau berkata Thaksin memohon pengampunan diraja sejurus menjalani hukuman penjara.
"Proses itu boleh mengambil masa satu hingga dua bulan, bergantung sama ada jumlah dokumen yang diserahkan mencukupi," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Permohonan pengampunan diraja akan dikemukakan kepada jawatankuasa Jabatan Pemulihan.
"Jawatankuasa akan serahkan permohonan itu kepada Kementerian Kehakiman dan kemudian perdana menteri akan mengemukakannya untuk pertimbangan Majlis Privy," katanya.
Terdahulu pada hari ini, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Thaksin yang kembali semula ke Thailand selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.
Thaksin kemudian dibawa ke Penjara Reman Bangkok.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Ayuth Sintoppant berkata keadaan kesihatan Thaksin sedang dipantau.
Thaksin dikatakan mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah jantung dan paru-paru, tekanan darah tinggi dan tulang belakang.
Beliau berkata Thaksin berada di dalam bilik persendirian di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok dan akan bertemu ahli keluarga pada hari kelima.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Thaksin dikatakan mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah jantung dan paru-paru, tekanan darah tinggi dan tulang belakang. - Gambar fail/Reuters
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong
"Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" dan "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" dilancarkan pada Jumaat
Petisyen pengampunan Najib: Mujahid mungkin salah tafsir - Saarani
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ada berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat mengenai isu ini.
Petisyen: Lebih 87,000 tandatangan Najib tidak wajar diampun, 1,167 pula mohon beliau diberi pengampunan
Angka itu dilihat meningkat setiap minit, sejak petisyen yang disiarkan di Change.org sejak Rabu.
NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim
Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon Pengampunan Diraja diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sekali gus melantiknya sebagai PM Interim.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Nafi permintaan Justo untuk berpindah selaras dengan undang-undang Thai - Menteri Kehakiman
Di bawah undang-undang negara itu, seseorang yang memohon dipindahkan bagi menjalani baki tempoh hukuman penjaranya, mestilah mempunyai "tidak kurang dari setahun baki" tempoh hukumannya.
Justo diberikan pengampunan oleh Raja Bhumibol
Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.