awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Theresa May sebagai PM Britain pada Rabu: Cameron

AFP
AFP
11/07/2016
16:08 MYT
Theresa May sebagai PM Britain pada Rabu: Cameron
Theresa May akan menjadi pemimpin baru Britain pada Rabu, kata Perdana Menteri David Cameron. - Gambar fail AFP
Theresa May akan menjadi pemimpin baru Britain pada Rabu, kata Perdana Menteri David Cameron pada Isnin, selepas pesaing tunggal beliau, Andrea Leadsom, menarik diri dari bertanding.
"Kita akan ada seorang perdana menteri baru di bangunan belakang saya ini selewat-lewatnya petang Rabu," Cameron memberitahu pemberita.
Beliau berkata demikian di luar kediamannya di Downing Street, sambil menerangkan yang beliau akan mengadakan sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Parlimen pada Rabu sebelum bertemu Ratu Elizabeth II untuk berundur diri.
Sebelum ini pada 24 Jun lalu, Cameron mengumumkan akan meletak jawatan selepas Britain mengundi untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
Beliau dijangka berundur pada awal Oktober ini tetapi pemimpin Parti Konservatif itu berjanji memacu Britain untuk beberapa bulan berikut sebelum pemimpin baharu dilantik.
Topic Berkaitan
#David Cameron
#Perdana Menteri Britain
#Theresa May
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan