awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada erti sambut Aidiladha bagi rakyat Gaza

Agensi
Agensi
18/07/2021
22:24 MYT
Tiada erti sambut Aidiladha bagi rakyat Gaza
Sekurang-kurangnya 254 orang terbunuh, termasuk 67 kanak-kanak dan 39 wanita susulan konflik yang berlaku antara Israel dan Gaza sebelum ini. - Foto REUTERS
KETIKA rakyat di negara ini masih memikirkan cara untuk merentas negeri sempena perayaan Aidiladha.
Di Utara Gaza, adalah sudah memadai bagi Ezraa Nasir apabila dapat bersama dengan keluarga di dalam sebuah rumah yang dindingnya berlubang untuk menyambut hari bermakna itu.
Seperti kebanyakan rakyat di Gaza, Nassir dan keluarganya hanya dapat melakukan apa yang termampu untuk mengumpul semangat sebagai persiapan menyambut Aidiladha yang bakal disambut pada Selasa.
“Dengan keadaan rumah yang kebanyakan hancur, kematian yang berlaku di sana-sini, pengeboman dan kemusnahan.
“Di mana sahaja anda berpaling, anda akan melihat rumah-rumah yang musnah. Sekiranya anda tidak melihat kehancuran, anda akan melihat mangsa yang mati syahid, cedera, mangsa yang sedang perjalanan untuk mendapatkan rawatan dan masih bertarung nyawa.
“Bagaimana anda boleh bersiap untuk perayaan Aidiladha apabila tiada lagi perkara yang mampu membahagiakan anda?,” ujar Nassir.
Selepas berdepan serangan oleh rejim zionis Israel yang memusnahkan kebanyakan rumah dan bangunan, suasana di Gaza kekal suram sehingga hari ini.
Sekurang-kurangnya 254 orang terbunuh, termasuk 67 kanak-kanak dan 39 wanita susulan konflik yang berlaku antara Israel dan Gaza sebelum ini.
Menurut Bank Dunia, sejumlah AS$485 juta (RM2.04 bilion) diperlukan untuk membangunkan semula bandar Gaza berikutan kemusnahan yang dialami dengan AS$380 juta (RM1.6 bilion) untuk kos kerosakan fizikal.
Sebagai rekod, lebih daripada 4,000 buah rumah di Palestin sebahagiannya musnah atau kerosakan sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#Palestin
#Gaza
#Kanak-kanak
#Israel
#Aidiladha
#bank
#Zionis
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan