awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kes bunuh pelajar universiti: Tiga suspek disambung reman tujuh hari
BISNES
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
DUNIA
4 maut, 38 masih hilang dalam tragedi feri karam berhampiran Bali – Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Tiada kaitan vaksin COVID-19 dan 'kematian misteri' golongan muda di India

Bernama
Bernama
02/07/2025
07:15 MYT
Tiada kaitan vaksin COVID-19 dan 'kematian misteri' golongan muda di India
Kementerian turut memberi amaran bahawa dakwaan bersifat spekulatif yang mengaitkan kematian mengejut dengan vaksinasi boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan dan keselamatan vaksin. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Kementerian Kesihatan India menegaskan bahawa tiada kaitan antara vaksinasi COVID-19 dan insiden kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan di negara itu.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan India menegaskan tiada kaitan antara vaksinasi COVID-19 dan kes kematian mengejut yang berlaku dalam kalangan golongan muda di negara itu.
  • Kajian oleh ICMR dan NCDC terhadap individu berumur 18 hingga 45 tahun mendapati vaksin COVID-19 yang digunakan adalah selamat, dan kematian mengejut boleh berpunca daripada faktor lain seperti genetik, gaya hidup dan komplikasi pasca jangkitan.
  • Kementerian memberi amaran bahawa dakwaan tidak berasas boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan mengenai peningkatan kes kematian mengejut dalam kalangan golongan muda di India, hingga mencetuskan spekulasi meluas kononnya ia berpunca daripada vaksin COVID-19.
"Isu berkaitan kematian mengejut tanpa punca yang jelas telah disiasat beberapa agensi di India.
"Kajian-kajian ini secara tuntas membuktikan bahawa tiada hubungan langsung antara vaksinasi COVID-19 dengan kes kematian mengejut di negara ini," menurut kenyataan kementerian pada Rabu.
Kajian yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) dan Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC) melibatkan kumpulan berumur antara 18 hingga 45 tahun mendapati bahawa vaksin COVID-19 yang digunakan di India adalah selamat.
"Kes kematian mengejut boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk genetik, gaya hidup, penyakit sedia ada dan komplikasi selepas dijangkiti COVID-19," menurut kementerian.
Kementerian turut memberi amaran bahawa dakwaan bersifat spekulatif yang mengaitkan kematian mengejut dengan vaksinasi boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan dan keselamatan vaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes kematian
#vaksin COVID-19
#India
#kematian misteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami