Skip to main content

Sukan

Rayuan kelab gergasi EPL gagal, Max Downman digantung tiga perlawanan

Max Downman (kanan) diberikan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan EFL antara Fleetwood Town dan Arsenal di Fleetwood, England, 27 Okt 2026. (Foto AP)
Max Downman (kanan) diberikan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan EFL antara Fleetwood Town dan Arsenal di Fleetwood, England, 27 Okt 2026. (Foto AP)

Advertisement

PERSATUAN Bolasepak England (FA) menolak rayuan Arsenal berhubung kad merah yang dilayangkan kepada Max Downman dalam perlawanan Piala Liga baru-baru ini.

Pemain berusia 16 tahun itu diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan pada minit ke-85 susulan tindakannya menendang pemain lawan, Harrison Neal, selepas satu terjahan keras.

Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain itu terpaksa akur tewas menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 kepada pasukan divisyen empat, Fleetwood Town, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

FA menolak rayuan itu dengan menjelaskan: "Suruhanjaya Kawal Selia bebas telah menolak rayuan berhubung dakwaan kad merah yang tidak wajar serta hukuman yang terlalu berat terhadap Max Dowman.

"Pemain Arsenal itu akan digantung selama tiga perlawanan." katanya.

Downman akan terlepas tiga aksi berdepan Liverpool, Hull City dan Newcastle United dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

 

 

Must Watch Video

Advertisement