awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden

Bernama
Bernama
31/01/2023
03:44 MYT
Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Rayuan Ukraine untuk memperoleh jet pejuang turut ditolak Jerman.- Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine, lapor Xinhua.
"Tidak", kata Biden sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan berhubung kemungkinan penghantaran jet pejuang ke negara yang dilanda konflik itu.
Sementara itu, ditanya mengenai keputusan pentadbiran mengenai kemungkinan penghantaran F-16 ke Ukraine, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS Jonathan Finer berkata ketika ditemui di MSNBC Khamis lalu bahawa "kami tidak memutuskan untuk membekalkan mana-mana sistem tertentu".
"Kami cuba menyesuaikan bantuan yang diberikan dengan fasa pertarungan dihadapi oleh Ukraine," katanya.
Jet pejuang dianggap pantang larang (taboo) dari segi bantuan ketenteraan untuk Ukraine, kerana bimbang penghantaran sedemikian akan membawa kepada peningkatan konflik yang tidak terkawal meskipun Kyiv terus meminta bantuan asset berkenaan.
Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba menerusi ciapan di Twitter pada Rabu lalu bahawa mendapatkan peruntukan jet pejuang keluaran Barat adalah antara "tugas baharu" Ukraine.
Pada hari yang sama, Amerika Syarikat dan Jerman mengumumkan keputusan menghantar kereta kebal ke Ukraine.
Rayuan Ukraine untuk memperoleh jet pejuang turut ditolak Jerman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#F-16
#Joe Biden
#Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan