BANGKOK: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa yang mengorbankan dua individu dan mencederakan lima yang lain.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata pihak kedutaan sedang memantau rapat keadaan itu.
"Rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian itu boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi kedutaan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Polis Thailand mengesahkan bahawa dua individu masing-masing warga China dan Myanmar maut dalam kejadian berkenaan, manakala lima lagi cedera.
Sebelum ini, laporan awal mengatakan tiga maut dalam kejadian itu.
Ketua Polis Negara Torsak Sukvimol berkata mangsa wanita warga China berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian, manakala warga Myanmar yang bekerja di gedung membeli-belah itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Beliau berkata mangsa yang cedera masing-masing seorang warga Laos dan China, manakala tiga lagi rakyat tempatan.
Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital.
Beliau berkata polis telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun di tingkat 3 pusat beli-belah itu.
"Suspek menyerahkan senjata api yang digunakannya," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian.
Katanya, suspek mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.
Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata kementerian sedang berhubung dengan kedutaan yang terlibat untuk menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terjejas,
"Memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beberapa maklumat tidak dapat didedahkan dan pihak kami sedang mengambil langkah yang sewajarnya.
"Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand dan warga asing, dan memastikan tragedi seperti itu tidak berulang pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.
Kanchana bagi pihak Kementerian Luar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Polis Thailand mengesahkan bahawa dua individu masing-masing warga China dan Myanmar maut dalam kejadian berkenaan, manakala lima lagi cedera. - Gambar Reuters
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di New Zealand
Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.
Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa
Menteri Luar rai perwakilan asing, duta dan warga kementerian dalam satu majlis berbuka puasa, malam tadi.
Malaysia alu-alukan penganjuran CHOGM ke-27 pada Okt, sahkan komitmen - Wisma Putra
Kementerian Luar pada Isnin (11 Mac), berkata bahawa Malaysia akan membaharui komitmennya kepada Komanwel pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa, Oktober ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam letupan bom di Rameshwaram Cafe Bengaluru India
Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India.
KPM serah dana kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta kepada Wisma Putra
Dana itu dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan KPM dan menerusi sumbangan daripada pelbagai pihak.