awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas, kemalangan bas di Mesir

Bernama
Bernama
14/04/2022
15:28 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas, kemalangan bas di Mesir
Kementerian Luar berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada Rabu.
Kementerian Luar dalam mengesahkan hal ini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, kata kementerian melalui kenyataan Khamis malam.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui Tel: +201200276388 atau E-mel: [email protected].
Menurut laporan media Mesir letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#kemalangan
#letupan paip gas
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan