DUNIA
Tiada toleransi pembakaran terbuka, Prabowo gesa pembersihan tanah dibuat secara lestari dan selamat

Arahan itu dikeluarkan semasa mesyuarat terhad bersama Majlis Ekonomi Negara (DEN) di Bukit Hambalang, pada 31 Julai lalu. -Foto ANTARA/HO-BPMI Sekretariat Presiden
BOGOR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto telah mengarahkan pentadbirannya untuk memudahkan penggunaan teknologi pembersihan tanah moden tanpa pembakaran bagi komuniti dan syarikat, sebagai usaha mencegah kebakaran hutan dan tanah yang kerap berlaku ketika musim kemarau.
Ringkasan AI
- Presiden Indonesia Prabowo Subianto arahkan penggunaan teknologi pembersihan tanah moden tanpa pembakaran untuk cegah kebakaran hutan.
- Program bantuan teknologi akan dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi seperti Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.
- Kerajaan akan beri sokongan kepada petani dan pengusaha serta kenakan tindakan tegas terhadap syarikat yang membuka tanah melalui pembakaran.
“Presiden mahu proses pembersihan tanah dilakukan secara moden, menggunakan peralatan canggih yang tidak mencetuskan risiko kebakaran,” katanya dalam kenyataan di Jakarta pada Ahad.
Program bantuan teknologi itu akan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi terhadap kebakaran hutan, khususnya di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.
Ia merangkumi penyediaan jentera berat, teknologi mesra alam, dan bantuan teknikal daripada kementerian berkaitan.
Kerajaan turut merancang untuk memberi sokongan kepada petani dan pengusaha dalam mengamalkan kaedah pembersihan tanah yang lestari.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik yang turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan kesiapsiagaan berterusan.
Dalam mesyuarat sama, Presiden turut menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap syarikat yang membuka tanah melalui pembakaran, dan semua pihak yang diberi hak pengurusan tanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Mesyuarat itu turut dihadiri secara fizikal dan maya oleh barisan menteri termasuk Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi, Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman, Menteri Kehutanan Raja Juli Antoni, dan Menteri Alam Sekitar Hanif Faisol Nurofiq.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami