ITALI telah meluluskan undang-undang mewajibkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak sekolah susulan peningkatan dalam kes demam campak baru-baru ini.
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan dikenakan denda sehingga €500 (RM2,304).
Sementara itu, bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun, mereka boleh dihalang dari menghadiri pusat asuhan atau tadika.
Di bawah undang-undang itu, kanak-kanak mesti mempunyai sistem imunisasi untuk penyakit cacar air, polio, campak, beguk dan rubella sebelum mengikuti sistem persekolahan.
Undang-undang baharu itu juga menghendaki ibu bapa membawa dokumen yang mengesahkan anak mereka telah mengambil suntikan vaksin supaya mereka dapat meneruskan persekolahan.
Tarikh akhir penyerahan dokumen itu pada awalnya ditetapkan pada 10 Mac tetapi ia kemudiannya dipanjangkan sehingga Isnin.
BACA: Kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Johor Bahru akibat difteria
Menteri Kesihatan Giulia Grillo berkata masa yang secukupnya telah diberikan untuk semua pihak mematuhi undang-undang itu.
Katanya, peraturannya mudah, "Tiada vaksin, tiada sekolah."
BACA: Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah - Doktor
Undang-undang itu diluluskan susulan kadar vaksinasi Itali yang sangat rendah iaitu di bawah 80%, berbanding sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 95%.
Pada Isnin, hari terakhir untuk ibu bapa menyerahkan dokumen membuktikan anak mereka telah divaksinasi sepenuhnya, pihak berkuasa kesihatan Itali mengisytiharkan kadar imunisasi nasional negara itu kini hampir mencapai 95% bagi kanak-kanak yang lahir pada 2015.
Agensi
Wed Mar 13 2019
Undang-undang baharu Itali juga menghendaki ibu bapa membawa dokumen yang mengesahkan anak mereka telah mengambil suntikan vaksin supaya mereka dapat meneruskan persekolahan. - Gambar hiasan
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Mahkamah denda penyanyi pop Jerman kerana buat tabik Hitler
Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas.
Rasuah pegawai DBKL: Enam termasuk seorang warga asing didenda
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Pemuzik jalanan ajar isteri tentang Millah Abraham dihukum penjara sebulan, denda RM2,000
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.