awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Warisan Bukit Bendera ditutup sementara akibat tanah runtuh

Bernama
Bernama
24/10/2025
09:55 MYT
Laluan Warisan Bukit Bendera ditutup sementara akibat tanah runtuh
PBBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sementara itu dilakukan bagi memastikan keselamatan orang awam. - FB Penang Hill
GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan bahawa Laluan Warisan Bukit Bendera di sini ditutup sementara susulan kejadian tanah runtuh di sebahagian laluan berkenaan akibat hujan lebat.

Ringkasan AI
  • Laluan warisan Bukit Bendera, Pulau Pinang ditutup sementara selepas berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat, bagi memastikan keselamatan pengunjung.
  • Pasukan penyelenggaraan PBBPP sedang menjalankan kerja pembersihan di lokasi terjejas dan tiada kecederaan dilaporkan.
  • Pendaki dan pengunjung dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan tersebut sehingga diberitahu kelak, sementara pemantauan keselamatan diteruskan.

PBBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sementara itu dilakukan bagi memastikan keselamatan orang awam.
"Pasukan penyelenggaraan PBBPP sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk para pengunjung," menurut kenyataan itu di laman Facebooknya hari ini.
Menurut PBBPP, tiada kecederaan dilaporkan dan pendaki serta pengunjung dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan berkenaan sehingga dimaklumkan kelak.
Pihaknya akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laluan Warisan
#Bukit Bendera
#tanah runtuh
#ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan