awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak kemas meja di medan selera, kedai kopi selepas makan di Singapura boleh didenda bermula 1 Januari

Agensi
Agensi
30/12/2021
05:30 MYT
Tidak kemas meja di medan selera, kedai kopi selepas makan di Singapura boleh didenda bermula 1 Januari
Bayangkan jika peraturan seumpama itu dijalankan di medan selera, pusat penjaja dan kedai kopi di Malaysia? Siapa setuju? - Gambar hiasan
SINGAPURA: Pelanggan yang selesai menikmati makanan di medan selera atau kedai kopi namun enggan mengemas meja yang telah mereka gunakan, akan berdepan dengan denda bermula 1 Januari 2022.
Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan dengan memetik kenyataan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) pada Isnin lalu.
Penguatkuasaan di pusat penjaja, yang diumumkan Mei lalu, sudahpun dimulakan, dengan pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis manakala pesalah kali kedua berdepan denda S$300 (RM925). Bagi kesalahan seterusnya, pesalah boleh berdepan denda mahkamah.
Sementara itu, penguatkuasaan seumpamanya bagi medan selera dan kedai kopi kini menuju penghujung tempoh percubaan dua bulan, iaitu dari 1 November hingga 31 Disember.
“Dalam tempoh itu, pegawai yang memeriksa penjarakan fizikal dari Agensi Makanan Singapura akan memantau kedai kopi dan medan selera untuk mengingatkan pengusaha kedai supaya memastikan pelanggan mereka mengemas dulang, sudu, garpu dan sampah sendiri,” ujar NEA dalam kenyataan media.
Poster dan kain rentang yang mengingatkan orang ramai tentang peraturan itu juga dipasang untuk perhatian umum. Pengusaha kedai kopi dan medan selera juga diingatkan menyediakan infrastruktur pemulangan dulang makanan yang sewajarnya.
Bagaimanapun, pengusaha tempat makan boleh memohon untuk bantuan dana 50 peratus bagi menampung kos pemasangan infrastruktur itu, yang dianggarkan bernilai S$2,500 (RM7,700) setiap premis, menerusi Skim Sokongan Meja Bersih.
Dalam laporan pada Khamis (30 Disember), agensi itu mendapati, kadar pemulangan dulang makanan oleh pelanggan yang selesai menjamu selera, ke tempat yang disediakan, mencapai 84 peratus.
Topic Berkaitan
#medan selera
#bersih meja
#Singapura
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan