awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak peduli rayuan Itali, Kesatuan Eropah akhirnya tampil mohon maaf

Agensi
Agensi
17/04/2020
05:49 MYT
Tidak peduli rayuan Itali, Kesatuan Eropah akhirnya tampil mohon maaf
Ursula Von Der Leyen berkata, EU mengakui kelewatan dan kekurangan respons oleh beberapa buah negara kesatuan lain sejak COVID-19 mula merebak. - Gambar REUTERS
Selepas Rom mendakwa permohonan bantuan perubatan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 tidak mendapat respons bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) hari ini tampil membuat permohonan maaf kepada negara itu.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen, mengeluarkan kenyataan memohon maaf pada Khamis selain mengakui kelewatan dan kekurangan respons oleh beberapa buah negara kesatuan lain sejak COVID-19 mula merebak.
“Benarlah bahawa tiada sesiapa yang bersedia untuk ini (COVID-19). Ramai yang tidak ada ketika Itali memerlukan pertolongan pada awalnya.
“Untuk itu, seluruh Eropah berhak memohon maaf,” kata beliau dalam satu ucapan di Parlimen Eropah di Brussels.
Menteri Luar Itali, Luigi Di Maio dalam reaksi balas bagaimanapun, menerima baik kenyataan EU itu dengan menganggap tindakan EU mengakui kebenaran itu adalah penting.
Difahamkan, rata-rata rakyat Itali mengkritik cara EU mengendalikan krisis pandemik itu ekoran tidak cukup dalam memberi bantuan.
Rom sebelum ini dikatakan pernah meminta bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU), namun tidak dipedulikan sehingga China sendiri menghantar bantuan pakar dan alatan perubatan.
Itali antara negara yang paling teruk terjejas selepas merekodkan peningkatan angka kematian akibat COVID-19 yang tertinggi dalam tempoh satu hari dan turut mengenakan perintah berkurung pada hujung Mac.
Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar Eropah kini menjadi pusat penyebaran COVID-19 susulan penularan kes semakin menurun di Hubei, China.
Untuk rekod, Itali kekal di kedudukan kedua dengan lebih 22,000 kematian selepas Amerika Syarikat (AS) dan diikuti oleh Sepanyol melebihi 19,000 korban setakat Jumaat.
BACA: COVID-19: 9,000 lagi kematian direkod dalam 24 jam
BACA: COVID-19: Enam negara rekod kes positif melebihi 100,000
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Brussels
#COVID19
#EU
#European Union
#Itali
#Kesatuan Eropah
#koronavirus
#Menteri Luar Luigi Di Maio
#Parlimen
#perintah berkurung
#Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen
#sepanyol
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan