awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Liga: Arsenal selangkah ke pentas final
Pensyarah rugi RM493,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Bom lama seberat 227 kg ditemukan di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga aktivis Palestine Action tamatkan mogok lapar selepas Elbit gagal dapat kontrak

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2026
23:50 MYT
Tiga aktivis Palestine Action tamatkan mogok lapar selepas Elbit gagal dapat kontrak
Ahli Parlimen Britain, John McDonnell, memuji dedikasi para aktivis itu dan menegaskan kempen untuk keamanan serta keadilan bagi rakyat Palestin akan diteruskan. - Foto X/Cllr Cieran Perry
LONDON: Tiga aktivis Britain yang ditahan dan bersekutu dengan Palestine Action menamatkan mogok lapar mereka selepas berminggu-minggu enggan mengambil makanan di penjara United Kingdom.
Kumpulan Prisoners for Palestine dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan Kamran Ahmed, Heba Muraisi dan Lewie Chiaramello menamatkan mogok lapar selepas salah satu tuntutan utama mereka tercapai, iaitu kegagalan anak syarikat pengeluar senjata Israel memperoleh kontrak kerajaan UK.
Menurut laporan akhbar The Times, Elbit Systems UK tidak berjaya memenangi kontrak bernilai AS$2.69 bilion untuk melatih tentera Britain, yang sebaliknya dianugerahkan kepada konsortium pesaing diketuai Raytheon UK.
“Kami melihat pembatalan perjanjian ini sebagai kemenangan besar hasil keteguhan para mogok lapar,” kata Prisoners for Palestine, sambil menegaskan tindakan itu berjaya menyorot peranan Elbit Systems dalam pembekalan senjata kepada Israel.
Para aktivis berkenaan dipenjarakan susulan dakwaan penglibatan dalam pencerobohan ke atas premis Elbit Systems UK di Filton berhampiran Bristol pada 2024.
Kerajaan Britain sebelum ini mengharamkan Palestine Action di bawah Akta Keganasan 2000, menjadikan sokongan terhadap kumpulan itu satu kesalahan jenayah.
Mogok lapar tersebut dilancarkan sebagai bantahan terhadap penahanan mereka dan sokongan kerajaan Britain terhadap serangan Israel di Gaza, yang telah mengorbankan lebih 71,000 rakyat Palestin sejak Oktober 2023.
Ahli Parlimen Britain, John McDonnell, memuji dedikasi para aktivis itu dan menegaskan kempen untuk keamanan serta keadilan bagi rakyat Palestin akan diteruskan.
Topic Berkaitan
#Palestine Action
#mogok lapar
#Elbit Systems UK
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan