awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat

Bernama
Bernama
21/01/2023
04:27 MYT
Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat
Tiga lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Narathiwat pada Jumaat. -Gambar hiasan
NARATHIWAT: Tiga lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Narathiwat pada Jumaat.
Dalam insiden kira-kira 9 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat, Ketua Polis Siasatan Wilayah Narathiwat Kolonel Polis Direk Shomyon berkata pasukan keselamatan mengepung beberapa buah khemah yang dipercayai tempat bersembunyi sekumpulan anggota militan di kawasan pergunungan di daerah Si Sakhon.
"Ketibaan pasukan keselamatan disedari kumpulan itu dan mereka terus melepaskan tembakan (ke arah pasukan keselamatan).
"Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir sejam.
"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemukan tiga mayat di tempat kejadian manakala yang lain telah meloloskan diri," katanya.
Selain itu, beliau berkata pasukan keselamatan turut merampas senjata dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Narathiwat
#anggota militan
#Direk Shomyon
#berbalas tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan