Tiga banduan ditahan ugut bekas Presiden Perancis Sarkozy

Sarkozy mula menjalani hukuman penjara lima tahun pada Selasa setelah disabitkan bersubahat dalam kegiatan jenayah berkaitan dana kempen pilihan raya Libya. - Foto Reuters
PARIS: Tiga banduan di Penjara La Sante, Paris ditahan polis berhubung dakwaan ugutan terhadap bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy selepas beliau mula menjalani hukuman penjara, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.
Ringkasan AI
- Tiga banduan Penjara La Sante ditahan selepas rakaman video tular menunjukkan ugutan dan hinaan terhadap bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.
- Pendakwa raya buka siasatan ugutan bunuh dan merampas dua telefon bimbit; rakaman dipercayai dibuat oleh salah seorang banduan.
- Sarkozy mula jalani hukuman lima tahun penjara kerana bersubahat dalam dana kempen daripada bekas pemimpin Libya, Moamer Gaddafi, dan kini ditempatkan di kawasan khas tanpa layanan istimewa.
Menurut laporan, pihak pendakwa raya telah membuka kertas siasatan berhubung ugutan bunuh dan satu operasi pemeriksaan turut dijalankan yang membawa kepada rampasan dua telefon bimbit.
Sarkozy, 70, mula menjalani hukuman penjara lima tahun pada Selasa setelah disabitkan bersubahat dalam kegiatan jenayah berkaitan dana kempen pilihan raya daripada bekas pemimpin Libya, Moamer Gaddafi.
Peguamnya berkata bekas ketua negara itu kini ditempatkan di kawasan khas yang terasing dan dilindungi di dalam penjara.
Menurut peguam yang sama, Sarkozy tidak menerima sebarang layanan istimewa dan permohonan bagi pembebasan bersyarat telah dikemukakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami