INTERNATIONAL
Tiga gempa gegar Turkiye, cecah 6.2 magnitud

Pusat gempa terletak di Laut Marmara, kira-kira 40 kilometer barat daya Istanbul, dengan kedalaman sekitar 10 kilometer. - Foto tangkap layar/X Globupdate
TIGA Tgempa bumi dilapor mengegarkan Istanbul, Turkiye dan kawasan sekitar berukuran mencecah 6.2 magnitud.
Media antarabangsa melaporkan gegaran pertama dilaporkan berukuran 3.9 magnitud melanda kawasan pantai daerah Silivri pada jam 12.13 tengah hari, waktu tempatan.
Ia disusuli dengan gempa kedua berukuran 6.2 magnitud di kawasan sama, sebelum gegaran 4.4 magnitud melanda daerah Buyukcekmece.
Pusat gempa terletak di Laut Marmara, kira-kira 40 kilometer barat daya Istanbul, dengan kedalaman sekitar 10 kilometer.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan struktur dan pihak berkuasa terus memantau situasi tersebut.
Pada 6 Februari 2023, Turkiye dilanda gempa bumi bermagnitud 7.8, menggegarkan 11 wilayah di tenggara Turkiye serta bahagian utara Syria.
Insiden tersebut mengorbankan lebih 55,000 orang dan mencederakan lebih 107,000 orang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami