KUALA LUMPUR: Singapura akan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan untuk mencapai “norma baharu”, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu perutusan khas berhubung situasi COVID-19 negara itu.
Kata beliau, sasaran itu tercapai apabila Singapura melonggarkan sekatan serta kes harian berada pada kadar stabil iaitu “mungkin ratusan setiap hari, namun tidak bertambah”.
Dalam norma baharu ini, kata beliau, hospital juga akan kembali kepada rutin biasa dan orang ramai turut boleh kembali kepada aktiviti pra-pandemik.
Selain itu, katanya, rakyat juga akan membiasakan diri semula dengan suasana kesesakan orang ramai “tanpa rasa bimbang atau janggal”.
“Beberapa negara telah mencapai tahap ini, misalnya di Eropah. Namun, mereka telah menyaksikan jumlah kematian yang amat tinggi sepanjang perjalanan itu.
“Kita akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan, dan mungkin sejauh enam bulan lagi untuk mencapai norma baharu ini,” kata Hsien Loong.
Tambah beliau, walaupun situasi dalam beberapa bulan akan datang mungkin mencabar, namun lonjakan kes diharap akan reda dan mula menurun dalam tempoh sebulan.
“Apabila tekanan ke atas sistem kesihatan mula reda, kita boleh melonggarkan sekatan. Namun, kita perlu melakukannya dengan berjaga-jaga supaya tidak mewujudkan satu gelombang baharu.”
Tegasnya, keutamaan adalah untuk melindungi sistem penjagaan kesihatan serta petugas-petugas kesihatan.
Astro Awani
Sat Oct 09 2021
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyampaikan perutusan khas berhubung situasi COVID-19 di negara itu pada Sabtu. Foto - Facebook Lee Hsien Loong
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.